Sunday 15 January 2012

Secebis Coretan: Mengapa Ditangisi Khilaf Yang Lalu


Bismillahirahmanirahim...Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Satu perkara sentiasa bermain di benak fikiran ana...semakin cuba untuk dilupakan daripada mentaliti kelas kedua ana, semakin ia datang menerjah dan menyesatkan kembali gawang pemikiran ana.
Duhai hati, perlukah aku sentiasa menangisi dosa-dosa silam kita, perlukah setiap saat kita menangisi, mengalirkan air mata hanya kerna mengenangkan maksiat dan dosa yang telah lepas.

Ketahuilah bahawa dalam diri setiapa manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah amalannya, jika buruk daging itu maka buruklah amalannya. Ketahuilah bahawa itulah 'hati'.Keampunanan Allah sangat penting dalam hidup setiap hamba Allah (mulimin dan muslimat). Dan rasanya tidak salah untuk kita menangisi dosa kita yang telah lepas, namun dalam pada itu ana punya ukhti ada menyebut, cukuplah kita bertaubat dengan taubat nasuha, kita menyesal dengan dosa yang telah kita lakukan dan kita berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama serta bertekad dalam hati untuk meninggalkan maksiat yang kita lakukan sebelum ini. Jangan dikenanag dosa yang telah lepas.

Tak perlu lagi ana terangkan secara terperinci dan detail mengenai apa yang ukhti ana sebutkan, dah menangis, menyesal sekali cukuplah, dan kita sebagai hambaNya, bertawakal dan berserah diri saja pada Allah disamping perbanyakkan ibadah kepada Allah, semoga Allah mengampunkan dosa kita yang telah lalu. Jangan ditanmgisi lagi dosa kita yang telah lalu, takut nanti memudratkan diri sendiri. Manakan tidak, menangis saja 24 jam, mana masanya nak beribadah minta keampunan dari Allah.Percayalah , InsyAllah dengan izin dan barakah dariNya,kita akan mendapat kemaafan dan keampunan darinya

Namun jika lakukan muhasabah diri tidak salah, konsepnya disini berbeza, apabila kita muhasabah diri, jangan ditangisi apa yang berlaku, jika kita lakukan maksiat pada hari itu, minta keampuanan dari Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Muhasabah diri, perbaiki diri, dan percaya dan yakin bahawa setiap janji Allah itu benar dan setiap yang berlaku itu adalah takdir dari Illahi. Kita sebagai hambaNya hanya mampu untuk memohon doa agar diredhai segala perbuatan kita selama ini.

Ketahuilah bahawa Allah itu Maha Pengampun dosa-dosa hambanya. Bertaubatlah sebelum matahari terbit dari barat, dan kembalilah ke pangkal jalan. Sesungguhnya apa yang berlaku kepada diri kita telahpun tertulis di LohmahfuzNya. Ingatlah apa yang ana sebutkan di awal tadi, dalam diri setiap manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah amalan kita, namun jika buruk daging itu, maka akan buruklah segala amalan kita. Itulah hati. hati yang tidak mampu untuk menanggung tangisanmu setiap hari dan setiap saat apabila kamu menangisi dosamu yang telah lalu.Menangislah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah , tapi bukannya menangis kerana dosa yang telah lalu. Menangislah kerana takutkan Allah, bukannya menangis kerana terkenangkan dosa yang telah lalu.

Lupakanlah apa dosamu yang lalu, perjalanan dalam mencari cinta yang hakiki masih jauh, carilah ia. Sesungguhnya janji Allah itu benar. Cahaya Islam sebenarnya ada dalam diri setiap insan, Pancarkanlah cahaya itu, sehingga kamu mampu untuk menyinari dan menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini. Perjalanan hidup di dunia fana ini hanya sementara, jika masih terkenangkan silap yang lalu, banyakkan beristighfar, sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Wallahua'lam...

Segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan segala yang buruk itu datangnya dari ana, dan sesungguhnya segala yang baik dan buruk itu datangnya dari Allah yang disandarkan oleh Allah kepada ana. Semoga semua pembaca mendapat keredhaan hidup di dunia dan di akhirat daripada Allah. Amin...ana doakan.                                                            



                                                                                                                               Alhamdulillah
Segala Puji Bagi Allah
Tuhan Pencipta Sekalian Alam

0 comments:

Post a Comment