Monday 16 April 2012

Bicara...

Bismillahirahmanirahim…
Apabila kita membicarakan mengenai cinta pasti ramai yang kata cinta itu gunakan akal, cinta itu gunakan hati,  bagaimana nak bahagia dalam cinta, banyak sangat persoalan yang timbul mengenai persoalan cinta. Apabila diceritakan mengenai cinta menurut islam kita katakan bahawa cinta selepas nikah itu yang paling bahagia, namun bagaimana pula bagi mereka yang berkahwin atas nama keluarga, mereka yang terpaksa tinggalkan cinta yang mereka agungkan selama ini semata-mata kerana terpaksa berkahwin atas nama keluarga, mungkinkah akan ada perasaan cinta itu dalam hati mereka ini. Kita selalu menonton drama-drama, sinetron-sinetron, malahan filem-filem yang memaparkan kisah mereka yang berkahwin atas dasar pilihan keluarga dan semata-mata itu mereka terpaksa mengetepikan cinta sejati mereka yang mereka cintai selama ini. Manusia ada yang mengatakan bahawa ibu bapa kejam dalam mengawal dan mengatur atur anak-anak mereka. Katanya anak-anak berhak untuk membuat pilihan jodoh mereka sendiri, ibu bapa sekarang katanya tidak boleh terlalu kolot dalam mengongkong hidup anak-anak. Ada pula yang mengatakan bahawa ibu bapa berhak membuat pilihan jodoh buat anak-anak, katanya ibu bapa yang paling banyak berjasa dalam membesarkan anak-anak ini namun tiada apa yang boleh dilakukan oleh anak-anak melainkan membalas jasa ibu bapa mereka ini dengan mendengar dan mengikut apa jua pilihan keluarga terutama mengenai jodoh.
Ya betul jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah, namun Allah tidak pernah menghalang seorang manusia, hambaNya dalam berikhtiar dan berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik dan sesuai dengan diri kita. Perlu difahamkan maksud qada  dan qada’ Allah, barulah boleh kita simpulkan apa yang penting dan boleh dilakukan dalam hidup kita. Semuanya atas tangan Allah, kita tidak berhak untuk menentukan apa yang perlu dan tidak dalam hidup kita, kerna sebetulnya tiada kebetulan dalam hidup ini, yang ada hanyalah takdir, sebagai contoh, kita terjumpa dengan sekeping duit bernilai RM 50, kita tidak merancang untuk dipertemukan dengan wang tersebut, dan kita katakana ianya hanyalah kebetulan sahaja, sebenarnya itu bukan kebetulan tapi takdir Allah yang mengehendakkan kita lalu dikawasan tersebut dan berjumpa dengan wang tersebut, dan itulah yang dinamakan sebagai rezeki Allah. Allah dah kata rezeki Allah ni luas, dimana-mana sahaja rezekiNya ada, hanya kita sebagai manusia yang dikurniakan otak dan akal yang membezakan kita dan haiwan, disuruh berfikir dan berusaha untuk mencari rezeki. Begitulah jua dengan jodoh walaupun telah ditetapkan jodoh kita di LohMahfuzNya, namun tidak salah untuk kita berusaha dalam mencari cinta yang sejati, yang terbaik buat kita, dan perlu diingat, jodoh kita bukan seorang, bahkan mungkin lebih, jangan kita kata jodoh kita hanya seorang, kerana mungkin jodoh kita ramai, sebagai contoh seorang wanita yang telah berkahwin pada mulanya mungkin akan bercerai selepas beberapa tahun berkahwin kerana mungkin disebabkan si suami sudah jemu dengan isterinya, jadi secara tidak langsung si isteri  akan mencari seorang pengganti dalam hidup untuk meneruskan kehidupan yang mungkin masih bersisa, jadi secara tidak langsung si wanita ini sudah pun membuktikan penyataan di atas bahawa  si manusia ni banyak jodoh, jika dia bertuah mungkin jodohnya hanya seorang, namun begitu susah untuk kita menemui seseorang yang memmpunyai jodoh yang kekal, mungkin bukan disebabkan bercerai hidup tapi mungkin kerana bercerai mati, itulah yang paling menyeksakan.
                Kadang-kadang kita sebagai manusia juga lupa bahawa manusia hanyalah hamba Allah yang terlalu kerdil yang dikurniakan olehNya “sebiji “ otak untuk kita berfikir. Manusia sememangnya tidak sempurna, namun kita telahpun dikurniakan olehNya “sebiji” otak untuk kita berfikir dan berusaha untuk mencari dan menggapai kesempurnaan hidup. Entahlah,,,sama-samalah kita renungkan sama-sama. Apa yang penting jangan sesekali lupa bahawa jodoh pertemuan ajal maut itu sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah. Wallahua’lam.

Template by:
Free Blog Templates