Thursday 29 December 2011

Kisah Dari Sahabat (1)

Sedikit bingkisan buat pembaca dan pengunjung setia blog saya. sedikit kisah dari sahabat buat sahabat diluar.
 


Prolog

Sesungguhnya cinta itu anugerah daripada Allah untuk setiap manusia yang bergelar hambaNya. Bagiku setiap cinta itu memerlukan pengorbanan, tidak semestinya apabila kita bercinta kita perlu untuk  bersama dengan orang yang kita sayang itu sehingga ke jenjang pelamin ataupun hingga ke akhir hayat. Bagiku jika betul orang yang kita sayang tu jodoh kita yang telah ditentukan oleh Allah di LohMahfuzNya, ke pulau mana sekalipun terpisah, berjuta tahun sekalipun terpisah, pasti akan bersatu jua suatu hari nanti, dan cukuplah bagi kita bahwa jika memang bukan dia jodoh kita, kita terima dan redha dengan ketentuanNya,  cukuplah sekadar kita mampu untuk  melihat dia sentiasa bahagia dengan orang yang dia sayang.
Nur Laila Ramadhani, wanita pertama yang bertakhta dalam hatiku. Seorang insan yang telah berjaya mengetuk pintu hatiku setelah sekian lama hatiku tidak pernah diisi dengan nama dan seraut wajah setulus dan seikhlasnya. Masjid Al-Falah menjadi saksi pertemuan kami buat pertama kali, entah mengapa malam itu, terdetik dibenak sanubariku untuk menyertakan doa semoga aku dikurniakan seorang srikandi sehebat Sumayyah, secantik Rabiatul Adawiyah, sebijak Fatimatul Zahra dan seindah Ainul Mardhiah, untuk mengisi kekosongan hati, menjadi permaisuri yang akan sentiasa bertakhta dihatiku. “Assalamulaikum…”kedengaran suara seorang wanita sedang memberi salam.
“Maaf, boleh tak saudara alihkan sekejap motosikal saudara, saya nak undurkan kereta saya sekejap…”
“Waalaikumsalam…ohh..maaf sebab menyusahkan saudari, sekejap ya..”seraut wajah itu,suara merdu itu membuatkan aku terpana, Ya Allah, kenapa  dengan jantung aku ni, berdebar  tak sudah-sudah. ‘Ya Allah ini ke yang dinamakan cinta?’ ‘Ahh…tak mungkin, baru sekali jumpa dah kata cinta, bukannya kau kenal pun gadis tu…’ benak sanubariku menafikan perasaan itu, namun  jauh di satu sudut sanubariku begitu kuat mengatakan  bahawa itu bukan kebetulan, tapi satu anugerah daripada Allah.



Bab 1
Villa Qasandra, 8.00 pagi

            Setiap hari, entah mengapa setiap kali aku usai dari solat, aku tidak pernah lupa untuk berdoa agar  diketemukan lagi dengan seraut wajah itu. Hati aku sudah mula belajar untuk mengenal erti rindu pada  seraut wajah srikandi yang mula bertakhta dihatiku. Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa, jika Dia berkehendakkan sesuatu pasti akan dilaksanakan. Seperti biasa, sudah menjadi rutin harianku untuk menolong bapaku dengan kerja-kerja pertukangan rumah, aku tidak mempunyai kelayakan SPM untuk meminta kerja yang mewah-mewah, gaji beribu, namun aku bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah ini untukku.
Hari itu aku dan ayah akan kerumah Encik Mansor, seorang usahawan bumiputera yang kini menjangkau usia 67 tahun, seusia dengan ayahku. Kami ke sana atas urusan untuk menyiapkan pergola di halaman rumahnya.
“Ayah, bulan puasa dah nak dekat….macam mana dengan persiapannya?”
“Entahlah Wan, ayah pun tak tahu, nampaknya bulan puasa kita tahun ni macam tahun-tahun sebelumnyalah agaknya.” Kata ayah menjawab persoalanku tadi dengan senyum hambar. Aku tahu ayah dan mak tak mampu untuk melakukan persiapan yang terbaik untuk keluargaku.
“Takpelah ayah, Wan faham,kita sekeluargakan dah biasa dengan suasana bulan Ramadan begini.” Aku berkata dengan nada yang sederhana dan kuhadiahkan secebis  senyuman buat mengubat duka dihati ayah, cuba meredakan perasaan hambar dan kesedihan yang sedang menjalari setiap genap hati ayah. Ku berdoa agar hati ayah setabah dan sekuat hati Bilal bin Rabah dalam menempuhi dugaan dan cabaran dalam hidup ini.
“Assalamualaikum Pak Hashim…” aku terkejut dengan sapaan dan teguran daripada Encik Mansor.
“Waalaikumsalam…la Encik Mansor…saya  ingatkan siapalah tadi. Ada apa Encik Mansor? Maaflah  Encik Mansor kalau kerja menyiapkan pergola ni ambil masa yang agak lama. Yela…orang tua buat kerja lambatlah sikit, nak harapkan Wan ni pun, dia bukan selalu ada dengan saya nak siapkan pergola ni.” Ayah menyuarakan rasa hatinya panjang lebar.
“Takpelah Pak Hashim…lagipun saya bukannya nak gunakan pergola ni segera.” Tambahnya lagi, “Ini pun saya suruh Pak Hashim buat pergola ni sebab  saya nak gunakan untuk bersantai dengan ahli keluarga saya sambil minum petang-petang. Lagipun anak saya yang baru habis belajar dekat Mesir tu dah balik minggu lepas…hah  tu pun dia.”
“Jemput minum,ayah,Pak Hashim,saudara…”
“Wan…Mohd Faris Ridhuan bin Hashim.” Aku bersuara. Aku bukan apa, kaget melihatkan seraut wajah yang sentiasa kudoakan kesejahterannya “terpacak” dihadapanku.
“Jemputlah minum saudara Wan…”
“Hmm..Pak Hashim,Wan…ni anak saya Laila,Nur Laila Ramadhani, dia ni baru balik dari Mesir, ni balik pun sebab nak ditunangkan dengan anak kawan saya tu si Izham, doktor pakar dekat Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia tu…nanti dalam bulan depan kiranya nak dilangsungkan…Pak Hashim dengan Wan datanglah ye…”  lembut suara Encik Mansor menjemput aku dan ayah ke majlis pertunangan seraut wajah yang sedang bertakhta  dihatiku dengan orang lain.
“Ya Allah, dugaan apa yang sedang melanda hambaMu ni…” Separuh berbisik aku bersuara, kiranya seraut wajah yang aku rindui itu dapat mendengar. Nampaknya wanita yang sering kurindui seraut wajahnya akan menjadi hak milik orang lain. Insan yang bakal bergelar tunangannya nanti seorang doktor pakar, sedangkan diriku hanyalah seorang tukang rumah, miskin, tidak beharta, tidak berpelajaran, tidak layak untuk bergandingan dengan anak seorang usahawan yang disegani, seorang insan  yang baru sahaja pulang dari Mesir dengan segulung ijazah, tapi aku segulung sijil SPM pun tidak ada.
‘Sedarlah Wan, kau tu tak layak nak bersama dengan si Laila tu…’ benak sanubariku mula menghasut.’Entah kau ni Wan, jangan nak berangan la nak kahwin dengan gadis pujaan hati kau tu..’ ‘Apalah yang ditakutkan dengan apa yang kita katakan sebagai satu lumrah dalam kehidupan Wan oii…’ benak yang lain pula mula menyimbah asid  hidroklorik keatas hati dan jantungku. Kiranya dia akan ditunangkan dengan orang lain.

            Bagaikan halilintar membelah bumi, terasa segala urat-urat dan sendi-sendiku lemah, bagaikan tidak bermaya untuk bertahan. Duniaku kini berputar bagaikan akan lenyap dalam sekelip mata. Yang terakhir kudengar hanyalah seseorang memanggil namaku, “Wannnn…”, lembut suara itu, menghempas pendengaranku, bagaikan dingin salju mula menyelimuti tubuhku. Aku pengsan. Di hadapan rumah gadis yang aku dambakan kehadirannya setiap hari dalam hatiku. Malunya bukan kepalang, sedar-sedar aku sudah berada di hospital.
Mataku masih berpisat-pisat. Kabur pandanganku.
“Itulah kau Wan…ayah suruh kau duduk kat rumah tak nak…, sekarang tengok apa yang dah jadi?”, sedikit kesal nada suara ayah. Aku tahu ayah sayang dan bimbangkan kesihatan aku.
Seketika kemudian ku lihat ayah dan ibu keluar beriringan. aku ditinggalkan keseorangan dalam wad yang kurasakan sangat kosong seperti kosongnya jiwaku apabila teringatkan seraut wajah yang aku rindui itu akan ditunangkan dengan insan yang lain.
"Astaghfirullah...kenapa aku perlu ingat pada dia yang tiada kaitan denganku, kenapa aku perlu merasa kosong, sedangkan kasih sayang Allah masih ada untuk aku." lidahku mula berbicara, separuh berbisik. Seketika kemudian, kurasakan sakit dibahagian ari-ariku, terasa bagai nak meletup, kugagahi segala urat-urat dan sendi-sendi yang ada untuk bangun dan bergerak ke tandas.
“Abang…apa yang kita nak buat ni bang?”  aku terdengar perbualan antara mak dan ayah ketika hendak keluar.
“ Nak buat apa? Mah tahukan keadaan keluarga kita? Macam mana kita nak bagitahu dia yang hati dia dah rosak? Mah  tak dengar ke apa yang doktor Izham cakap tadi, kos pembedahan tu menelan belanja lima puluh ribu Mah, abang tak ada duit banyak tu ”.
“Ya Allah, dugaan apa lagi yang kau timpakan ke atas hamba-Mu ini.” Aku disahkan menghidap penyakit hati, sebahagian daripada hatiku sudah rosak dan perlu dibuang dan digantikan dengan hati yang baru, namun masalahnya darahku jenis O positif, dan darah mak ayahku tak sesuai, mungkin disebabkan aku mewarisi darah daripada ahli keluarga yang lain, datuk aku misalnya.
“Ahh…Ya Allah, jika ini perhitungan yang terpaksa aku hadapi, aku rela dan sesungguhnya jika aku mati hari ini, matikanlah aku dalam iman,’ ujar aku dalam hati. Tanpa aku sedari, air mata mula membasahi pipiku, kurasakan kehangatan embun jantan dari mataku mula menuruni dan kemudiannya hinggap dibibirku. Aku redha Ya Allah, dengan ketentuanMu ini.

 Villa Qasandra, 8.45 malam

“ Laila, apa yang Laila merepek ni?”
“Tak perlu Laila, dia takde kaitan langsung dengan kita, dia bukan adik, abang, atau suami Laila pun. Jadi, jangan nak buat hal Laila!”
“Cukup, cukup dengan apa yang dah kau merepek harini. Pergi naik ke bilik kau.”
“Tapi mak…”
“ Aku kata cukup, cukup…”

‘Wan, maafkan saya...

Tuesday 13 December 2011

Renungan Buat Diriku


YA ALLAH,
JAUHKAN AKU 
DARIPADA KELEKAAN DAN 
KEALPAAN SEHINGGA TERRLUPA 
MENYEBUT NAMA-MU

Dari jabir r.a.., dia berkata, aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
       "JIKA ADA SESEORANG MEMASUKI RUMAHNYA, LALU DIA MENYEBUT NAMA ALLAH S.W.T PADA SAAT MEMASUKINYA DAN SAAT MAKAN, MAKA SYAITAN AKAN BERKATA KEPADA RAKAN-RAKANNYA: "TIDAK ADA TEMPAT MENGINAP BAGI KAMU SEMUA DAN TIDAK ADA JUGA MAKAN MALAM UNTUK KAMU SEMUA. DAN JIKA MASUK RUMAH, LALU DIA TIDAK MENYEBUT NAMA ALLAH PADA SAAT MEMASUKINYA, MAKA SYAITAN AKAN BERKATA: "KAMU BOLEH MENGINAP DISINI." DAN JIKA TIDAK MENYEBUT NAMA ALLAH PADA SAAT AKAN MAKAN MAKA SYAITAN AKAN BERKATA: "KAMU SEMUA BOLEH MENGINAP DAN JUGA DAPAT MAKAN MALAM."- (Riwayat Muslim)



Jadi sama-samalah kita muhasabah diri, fikirkan adakah kita sudah betuk dengan setiap tingkah laku kita, adakah apa yang kita lakukan sehari-harian kita adalah betul dan bertepatan dengan ajaran Islam, sama-samalah kita fikirkan kerana sebenarnya muhasabah itu memainkan peranan penting dalam kehidupan orang beriman kerana ia dapat meningkatkan tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan sentiasa memelihara diri daripada berbuat sebarang kemungkaran dan larangan Allah s.w.t.

Wallahualam,
Alhamdulillah,
Segala Puji Bagi Allah
Tuhan Pencipta Sekelian Alam.

Monday 12 December 2011

Terima Kasih Allah


ALHAMDULILLAH...
Bersyukur kehadrat Illahi...Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum...


dalam keheningan embun Subuh, daku bangun...
kuatkan segala sendi-sendi dan otot-otot badan...
untuk sama-sama mula beribadah, menunaikan tanggungjawabku sebagai
seorang HambaNya yang terlalu kerdil dan hina...

dan pabila usai solat, bermunajat hamba padaMu
agar diberikan ketenangan hati dan jiwa dalam
menempuh dugaan dan cabaran hidup...

Ya Allah...
terima kasih kerana bukakan pintu hati hambaMu ini untuk
mencari kebenaran...
hari ini dimulakan dengan berita yang agak mengejutkan..
rupanya aku masih...
masih "hilang"
Ya Allah...
bantulah aku dalam menghadapi dugaanMu ini..

Sesungguhnya hanya padaMu aku berserah
aku bertawakkal kepadaMu..
aku serahkan jiwa dan ragaku hanya untukMu...
permudahkanlah jalanku
dalam menyelesaikan masalahku...

Doa Dipermudahkan Segala Urusan

 
Maksudnya:
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"
 
AMIN,AMIN YA RABBAL ALAMIN....
 



Sunday 11 December 2011

Zikir Taubat


Ya Allah...
sesungguhnya terlalu banyak dosa dan khilafku padaMU...
sesungguhnya ampunilah dosa-dosaku...
dan terimalah taubatku...
Amin...

Hanya Tuhan Yang Tahu

Bismillahirahmanirahim....
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Sesungguhnya hanya padaMu aku berlindung dan hanya padaMu tempat ku bergantung harap...


Sahabat...
ada yang berkata pergi ke Turki dapat pahala, ada yang ke Turki dapat dosa. menentukan siapa diri yang ingin dibawa mengembara, adalah kunci besar pada menentukan kesan akhir yang bakal terhasil. Itulah yang dikatakan, 'Siapa kamu menentukan cara kamu melihat'.

Kesannya pula ialah,'Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat'.Senangkan???
namun persoalannya bagaimana kita melihat sesuatu itu sari sudut pandangan yang betul. Hamba Allah ini sendiri kekadang melihat sesuatu hanya dari sudut negatif dan buruknya sahaja tanpa memikirkan hikmah disebalik sesuatu perkara yang berlaku.

Kita sedar dan tahu bahawa manusia tiada yang sempurna, namun ingatlah bahawa manusia dikurniakan oleh Allah akal fikiran dan iman,InsyaAllah untuk kita berfikir dan melakukan suatu anjakan paradigma yang baru dalam meyempurnakan hidup kita. Kita berusaha ke arah kesempurnaan. Saya kira itu sudah cukup.

Namun, kekadang manusia ni alpa dengan keseronokan duniawi. Kita lupa dengan kasih sayang Allah. Kita leka dengan fatamorgana duniawi hingga akhirnya kita terjerumus ke dalam lembah kehinaan. Saya sendiri pernah terjebak dengan bayangan duniawi, godaan syaitan semata-mata, hingga akhirnya saya sedar itu semua langsung tidak berguna untuk saya.

Masih saya ingat detik jam 7.35 malam pada 8 Disember 2011(pastinya waktu dan tarikh yang akan tersemat dalam nadi fikiranku), saya keluar untuk makan malam di sebuah restoran makanan segera, saya keluar dengan sahabat saya, dan tiba-tiba dia ajak saya solat Maghrib. Kami singgah di sebuah masjid dan kemudian saya ambil wuduk, kemudian saya solat di luar masjid (beranda masjid) dan tiba-tiba semasa saya sujud, saya terasa seluruh badan saya bergegar dan rasanya ada suatu  angin malam yang agak kuat meniup kearah saya. Ketika itu terasa sangat damai dan ketika dan saat itu jugalah saya menitiskan air mata tanpa dipinta, Tak tahu kenapa???

Keesokan harinya, saya bangun selepas dikejutkan oleh roomate saya sendiri, kemudian saya termenung sejenak memikirkan apa yang telah terjadi semalam ketika saya solat Maghrid di masjid tu,kemudian saya mula sedar bahawa saya semakin jauh dari rahmat Allah.
Saya rasa diri saya sudah terlalu jauh dari Allah.
Tiba-tiba air mata saya mengalir dan saya ambil wuduk untuk solat Subuh..
Selama ini saya solat hanya semata-mata kerana kawan saya melihat, kadang kalau kawan saya tiada, maka tiadalah solat untuk hari itu.
Astaghfirullah...bayangkan teman...
Bermula saat itulah saya  tekad dalam hati dan berazam dalam diri saya wajib bertaubat..
Malam itu jugalah saya solat sunat taubat dan hari ini..saya terdetik untuk menulis dan mula membuat blog..

InsyaAllah..diharap agar post saya kali ini, mendapat respon yang baik dari semua...
Amin...dan kepada semua sahabat salbiah...
TERIMA KASIH kerana menyedarkan ku..
YA ALLAH!!!!Engkau bantulah aku..dalam mencari dan mengejar cintaMu yang merupakan cinta hakiki dan cinta yang paling agung...
HambaMu ini sudah terlalu lama dan terlalu jauh dariMu...
aku ingin kembali Ya Allah...
kembali kepada jalanMu yang lurus..
Wallahualam.
Kepada semua juga bimbinglah saudaramu ini ke jalan syurga..
dengan komen-komen saudara-saudari sekalian..


Alhamdulillah
Segala Puji Bagi Allah

Saturday 10 December 2011

Kasih Allah

Bismillahirahmanirahim...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum...
hamba yang sedang menulis dan anda yang sedang membaca entri ini hanyalah seorang hamba Allah yang terlalu kerdil dan banyak khilafnya..
Daku ini sedang mencari jalan...
jalan menuju cahaya Ilahi yang akan membimbingku ke jalan syurgaNya..
sesungguhnya selama ini aku terlalu leka dan lalai dengan kemewahan duniawi..
Daku kini sebenarnya semakin takut...
Takut hilangnya kasih sayang Allah padaku..
Takut jauhnya Allah dariku...
Takutnya aku dengan azab seksaNya di alam sana kelak..
Takut dengan lemahnya imanku..
Takut dengan godaan syaitan yang tidak henti-henti menggodaku..
Ya Allah...Kau berikanlah aku kekuatan...
Ya Allah...Kau tunjukilah aku jalan yang lurus...
Jalan yang Engkau redhai...bukannya jalan yang Engkau murkai...
bimbinglah daku ke jalanMu...
Sesungguhnya aku takut dengan NerakaMu..
Ya Allah...
Ya Allah...
Ya Allah...
Bersaksilah
Sesungguhnya daku merinduiMu...
Amin Ya Rabbal Alamin...
Wallahualam...

Template by:
Free Blog Templates