Monday 16 January 2012

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia


RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)



Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.


Alhamdulillah
Segala Puji Bagi Allah
Yang Indah dan Sempurna

Sunday 15 January 2012

Hakikat Marah


Hakikat marah menurut Islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela. Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau untuk menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut. Sebaliknya yang selain daripada itu adalah marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya.


Sabda Rasulullah SAW y...ang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.” [Riwayat al-Hakim].

Sedikit doa buat teman-teman, moga dapat dikurangkan rasa marah dan dendam dalam hatimu.InsyaAllah.




Alhamdulillah
Segala Puji Bagi Allah
Tuhan Pencipta Sekalian Alam


Biar Rasa DAN Hati seiring dan sejalan...



Buat sahabat-sahabat diluar sana...
baca dulu post ni sampai habis,,,
kemudian baru komen...

No.1~Anda berhadapan dengan si dia.Anda rasa tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu seakan tersekat di rongga dada.Dalam HATI...hakikatnya..itu bukan CINTA tetapi SUKA.

No.2~Anda ternampak kelibatnya.Mata anda tidak terlepas dari terus memandangnya walaupun si dia tidak perasan kehadiran anda di situ.Dalam HATI...hakikatnya..itu bukan CINTA tetapi NAFSU.

No.3~Pandangan matanya sungguh menusuk kalbu hingga membuatkan anda terleka dan tertawan.Anda berasa betapa bahagianya anda apabila menjadi perhatiannya.Dalam HATI...hakikatnya..itu bukan CINTA tetapi..ANGAU.
    
No.4~Si dia menyakitkan hati anda.Memamg anda terasa pedih dengan kesalahan yang dilakukannya tetapi anda memaafkannya jua.Anda lebih memandang kebaikannya dari perkara salah yang dilakukan itu.Dalam HATI...hakikatnya..itu bukan CINTA tetapi..PERSAHABATAN.


No.5~Anda sanggup membuat apa saja demi dia termasuklah memenuhi permintaannya membelikan pelbagai jenis hadiah biar pun ada yang di luar kemampuan anda.Demi si dia, lautan api sanggup ku renangi.Apatah lagi sampai poket pun kering kontang.Anda sanggup! Anda rela! Dalam HATI...hakikatnya..itu bukan CINTA tetapi MURAH HATI...

TETAPI...

Adakah anda terus bertahan biarpun sejuta rasa bercampur baur di hati anda? Antara kesakitan dan kegembiraan, hingga membutakan anda untuk terus mengakui betapa hebatnya perasaan yang anda alami. Anda mahu terus bersamanya. Bagaikan kuasa magnet yang menarik perhatian anda terhadapnya.ITULAH CINTA.

Apakah anda sanggup menerima kesalahannya kerana menganggap tiada manusia yang sempurna dan tiada manusia yang terlepas dari melakukan kesilapan. Jika demikian, ITULAH CINTA.

Anda sanggup menangis dan bersusah payah bersamanya. Anda sanggup melalui segala suka dan duka bersamanya biar pun sebenarnya anda berpeluang melepasi tahap tersebut tanpanya. Anda harus kuat kerana dia. Anda juga ikhlas mencintainya kerana ALLAH...dan anda sanggup berpisah dengannya jika seandainya itulah takdir dariNYA. Anda mengetahui bahawa CINTA SEJATI itu tidak bermakna memiliki tetapi cukup sekadar kita dapat melihat si dia bahagia di samping orang yang dia sayangi. ITULAH DINAMAKAN CINTA SEJATI.

untuk itu buat sahabat-sahabat diluar sana, jom sama-sama kita banyakkan berdoa kepada Allah agar kita dipertemukan dengan jodoh yang baik dan diredhai olehNya



Alhamdulillah
Segala Puji Bagi Allah
Tuhan Pencipta Sekalian Alam


Secebis Coretan: Mengapa Ditangisi Khilaf Yang Lalu


Bismillahirahmanirahim...Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Satu perkara sentiasa bermain di benak fikiran ana...semakin cuba untuk dilupakan daripada mentaliti kelas kedua ana, semakin ia datang menerjah dan menyesatkan kembali gawang pemikiran ana.
Duhai hati, perlukah aku sentiasa menangisi dosa-dosa silam kita, perlukah setiap saat kita menangisi, mengalirkan air mata hanya kerna mengenangkan maksiat dan dosa yang telah lepas.

Ketahuilah bahawa dalam diri setiapa manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah amalannya, jika buruk daging itu maka buruklah amalannya. Ketahuilah bahawa itulah 'hati'.Keampunanan Allah sangat penting dalam hidup setiap hamba Allah (mulimin dan muslimat). Dan rasanya tidak salah untuk kita menangisi dosa kita yang telah lepas, namun dalam pada itu ana punya ukhti ada menyebut, cukuplah kita bertaubat dengan taubat nasuha, kita menyesal dengan dosa yang telah kita lakukan dan kita berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama serta bertekad dalam hati untuk meninggalkan maksiat yang kita lakukan sebelum ini. Jangan dikenanag dosa yang telah lepas.

Tak perlu lagi ana terangkan secara terperinci dan detail mengenai apa yang ukhti ana sebutkan, dah menangis, menyesal sekali cukuplah, dan kita sebagai hambaNya, bertawakal dan berserah diri saja pada Allah disamping perbanyakkan ibadah kepada Allah, semoga Allah mengampunkan dosa kita yang telah lalu. Jangan ditanmgisi lagi dosa kita yang telah lalu, takut nanti memudratkan diri sendiri. Manakan tidak, menangis saja 24 jam, mana masanya nak beribadah minta keampunan dari Allah.Percayalah , InsyAllah dengan izin dan barakah dariNya,kita akan mendapat kemaafan dan keampunan darinya

Namun jika lakukan muhasabah diri tidak salah, konsepnya disini berbeza, apabila kita muhasabah diri, jangan ditangisi apa yang berlaku, jika kita lakukan maksiat pada hari itu, minta keampuanan dari Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Muhasabah diri, perbaiki diri, dan percaya dan yakin bahawa setiap janji Allah itu benar dan setiap yang berlaku itu adalah takdir dari Illahi. Kita sebagai hambaNya hanya mampu untuk memohon doa agar diredhai segala perbuatan kita selama ini.

Ketahuilah bahawa Allah itu Maha Pengampun dosa-dosa hambanya. Bertaubatlah sebelum matahari terbit dari barat, dan kembalilah ke pangkal jalan. Sesungguhnya apa yang berlaku kepada diri kita telahpun tertulis di LohmahfuzNya. Ingatlah apa yang ana sebutkan di awal tadi, dalam diri setiap manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah amalan kita, namun jika buruk daging itu, maka akan buruklah segala amalan kita. Itulah hati. hati yang tidak mampu untuk menanggung tangisanmu setiap hari dan setiap saat apabila kamu menangisi dosamu yang telah lalu.Menangislah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah , tapi bukannya menangis kerana dosa yang telah lalu. Menangislah kerana takutkan Allah, bukannya menangis kerana terkenangkan dosa yang telah lalu.

Lupakanlah apa dosamu yang lalu, perjalanan dalam mencari cinta yang hakiki masih jauh, carilah ia. Sesungguhnya janji Allah itu benar. Cahaya Islam sebenarnya ada dalam diri setiap insan, Pancarkanlah cahaya itu, sehingga kamu mampu untuk menyinari dan menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini. Perjalanan hidup di dunia fana ini hanya sementara, jika masih terkenangkan silap yang lalu, banyakkan beristighfar, sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Wallahua'lam...

Segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan segala yang buruk itu datangnya dari ana, dan sesungguhnya segala yang baik dan buruk itu datangnya dari Allah yang disandarkan oleh Allah kepada ana. Semoga semua pembaca mendapat keredhaan hidup di dunia dan di akhirat daripada Allah. Amin...ana doakan.                                                            



                                                                                                                               Alhamdulillah
Segala Puji Bagi Allah
Tuhan Pencipta Sekalian Alam