Sahabat...
ada yang berkata pergi ke Turki dapat pahala, ada yang ke Turki dapat dosa. menentukan siapa diri yang ingin dibawa mengembara, adalah kunci besar pada menentukan kesan akhir yang bakal terhasil. Itulah yang dikatakan, 'Siapa kamu menentukan cara kamu melihat'.
Kesannya pula ialah,'Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat'.Senangkan???
namun persoalannya bagaimana kita melihat sesuatu itu sari sudut pandangan yang betul. Hamba Allah ini sendiri kekadang melihat sesuatu hanya dari sudut negatif dan buruknya sahaja tanpa memikirkan hikmah disebalik sesuatu perkara yang berlaku.
Kita sedar dan tahu bahawa manusia tiada yang sempurna, namun ingatlah bahawa manusia dikurniakan oleh Allah akal fikiran dan iman,InsyaAllah untuk kita berfikir dan melakukan suatu anjakan paradigma yang baru dalam meyempurnakan hidup kita. Kita berusaha ke arah kesempurnaan. Saya kira itu sudah cukup.
Namun, kekadang manusia ni alpa dengan keseronokan duniawi. Kita lupa dengan kasih sayang Allah. Kita leka dengan fatamorgana duniawi hingga akhirnya kita terjerumus ke dalam lembah kehinaan. Saya sendiri pernah terjebak dengan bayangan duniawi, godaan syaitan semata-mata, hingga akhirnya saya sedar itu semua langsung tidak berguna untuk saya.
Masih saya ingat detik jam 7.35 malam pada 8 Disember 2011(pastinya waktu dan tarikh yang akan tersemat dalam nadi fikiranku), saya keluar untuk makan malam di sebuah restoran makanan segera, saya keluar dengan sahabat saya, dan tiba-tiba dia ajak saya solat Maghrib. Kami singgah di sebuah masjid dan kemudian saya ambil wuduk, kemudian saya solat di luar masjid (beranda masjid) dan tiba-tiba semasa saya sujud, saya terasa seluruh badan saya bergegar dan rasanya ada suatu angin malam yang agak kuat meniup kearah saya. Ketika itu terasa sangat damai dan ketika dan saat itu jugalah saya menitiskan air mata tanpa dipinta, Tak tahu kenapa???
Keesokan harinya, saya bangun selepas dikejutkan oleh roomate saya sendiri, kemudian saya termenung sejenak memikirkan apa yang telah terjadi semalam ketika saya solat Maghrid di masjid tu,kemudian saya mula sedar bahawa saya semakin jauh dari rahmat Allah.
Saya rasa diri saya sudah terlalu jauh dari Allah.
Tiba-tiba air mata saya mengalir dan saya ambil wuduk untuk solat Subuh..
Selama ini saya solat hanya semata-mata kerana kawan saya melihat, kadang kalau kawan saya tiada, maka tiadalah solat untuk hari itu.
Astaghfirullah...bayangkan teman...
Bermula saat itulah saya tekad dalam hati dan berazam dalam diri saya wajib bertaubat..
Malam itu jugalah saya solat sunat taubat dan hari ini..saya terdetik untuk menulis dan mula membuat blog..
InsyaAllah..diharap agar post saya kali ini, mendapat respon yang baik dari semua...
Amin...dan kepada semua sahabat salbiah...
TERIMA KASIH kerana menyedarkan ku..
YA ALLAH!!!!Engkau bantulah aku..dalam mencari dan mengejar cintaMu yang merupakan cinta hakiki dan cinta yang paling agung...
HambaMu ini sudah terlalu lama dan terlalu jauh dariMu...
aku ingin kembali Ya Allah...
kembali kepada jalanMu yang lurus..
Wallahualam.
Kepada semua juga bimbinglah saudaramu ini ke jalan syurga..
dengan komen-komen saudara-saudari sekalian..
0 comments:
Post a Comment